Friday, 1 April 2016

Sejarah dan Latar Belakang SMK Dato' Shahardin

SEJARAH & LATAR BELAKANG 

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Shahardin atau dikenali sebagai Sekolah Menengah Labu mula beroperasi pada tanggal 1 Januari 1980. Ketika itu sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Rendah Labu. Apabila beroperasi, sekolah ini tidak mempunyai bangunan sendiri. Pada mulanya menumpang di tiga buah sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Labu Batu 10 (untuk tingkatan 1), Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Min Shing (untuk murid peralihan) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (T) Batu 10 (untuk murid peralihan).
    Pengetua pertamanya ialah  En Hardial Singh dan dibantu oleh 6 orang guru bersama-sama dengan pembantu pejabat dan seorang pekerja am sekolah. Jumlah muridnya adalah seramai 120 orang.
   Mulai tahun 1991 nama sekolah ini telah ditukar kepada Sekolah Menengah Labu kerana 2 kelas tingkatan 4 telah dibuka dengan seramai 53 orang murid mengikuti aliran sastera. Oleh kerana bilangan murid telah bertambah maka sebuah bangunan baru dengan 4 buah bilik darjah telah dibina.
   Pelbagai perubahan telah dialami oleh SMK Dato' Shahardin agar setanding dengan sekolah-sekolah menengah di daerah Seremban. Sejak penubuhannya pada tahun 2001, jumlah murid telah mencecah kepada 900 orang pelajar dengan tenaga pengajar seramai 70 orang dan pekerja sokongan seramai 10 orang. Seramai 9 orang pengetua telah menerajui sekolah ini dan yang terkini (2014) dipimpin oleh Tn Hj Ab Kadir b Hj Nordin. SMK Dato' Shahardin telah banyak merakam dan mencipta kejayaan dalam bidang akademik, hal ehwal murid dan kokurikulum. Visi sekolah sentiasa berusaha ke rah merealisasikan aspirasi dan kehendak negara atas usaha bersepadu semua warga SMK Dato' Shahardin.


No comments:

Post a Comment