Monday, 9 May 2016

Lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016

Lawatan ke pesta buku merupakan aktiviti tahunan PSS untuk Pengawas Pss dan Ahli Kelab Sumber Ilmu Pada 4 Mei lawatan ini amat bermakna dan mendapat sambutan dari murid-murid. Penuh satu bas dan diiringi dengan 4 orang guru.Memang happening!! Dah la tu..sampai jer dalam kol 9.30 pagi, kami bergambar dulu..Pukul 10 pula ada persembahan silap mata. Wow!! Best la...boleh la release stress. Terdapat 4 Dewan iaitu Dewan A, B, C dan D. Dalam pukul 10 ada pelancaran buku pula. Ingatkan siapa..rupa2nya Dato' Alif Syukri..Apa lagi stop sekejap n layan majlis dulu............Lepas majlis..ambil gambar pula. Ok la..dapat jg bergambar ngan Dato' Alif Syukri terlajak laris!! Harapan semoga lawatan ini memberi manfaat kepada murid-murid dan tahun depan insyaAllah kita buat lagi.. Jom layan gambar-gambar sepanjang lawatan...
Persembahan Silap Mata
Bersama Dato' Aliff Syukri
Bersama penerbit buku dan penulis buku Pn Onny daripada Suhan Publications

Friday, 15 April 2016

PELANCARAN PROGRAM NILAM 2016

Majlis Pelancaran Program Nilam telah disempurnakan oleh Pengetua SMKDS, Pn Hajjah Noorsham Binti Usman dengan penuh keceriaan di Dewan Gemilang SMKDS pada 5 Februari 2016.


Pengetua merasmikan majlis dengan menandatangani BUKU BESAR


Penyampaian Hadiah Peminjam Buku Terbanyak (Guru).Tahniah Pn Norasikin



Peserta "Bicara Buku" 2015 : Adik Nur Hamizah

Peserta "Bicara Buku" 2015 : Adik Nina Suraya

Tokoh Nilam 2015 : Adik Thunissah

Terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya AJK Kerja PSS serta pengawas2 PSS yang ringan tulang menolong sehingga majlis berjalan dengan sempurnya....Penyediaan BUKU BESAR yang menarik telah disediakan oleh Pengawas PSS Tingkatan 5 dan ditandatangi oleh Pengetua pada majlis sebagai GIMIK. Thanks Darlings kerana sudi bertunkus lumus menyiapkan BUKU BESAR ini...sebagai kenangan apabila kalian meninggalkan sekolah...
                      JOM kita lihat beberapa foto sepanjang majlis...................   
JOM JENGUK2 AKTIVITI KM1M 2015
MURID-MURID PPKI PUN MENJAYAKAN PROGRAM KM1M
DI BILIK GURU
2015 - KEM MEMBACA 1 MALAYSIA DI PSS






Thursday, 14 April 2016

Syukur dah selesaikan beberapa aktiviti selama tempoh 3 bulan  bagi 2016....semoga dapat memberi manfaat anak2 didik SMKDS serta guru2 rakan seperjuangan.
Di antaranya...
Program Nilam
KM1M
Bulan Akademik
Lonjakan Nilam
Pengiktirafan Rakan Pembaca dan Tokoh Nilam peringkat sekolah 
So...tunggu gambar-gambar aktiviti ya...
Beberapa teknikal perlu diselesaikan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Syukur ke hadrat Allah swt dapat kita bersua kembali.Rindu nak menulis di sini.Rasanya pelbagai perasaan dan pandangan serta pengalaman nak dikongsi...tapi halangan masa dan keadaan yang memaksa saya tidak dapat meneruskan niat.
Guru....senang saja disebut dengan perkataan...tetapi agak-agaknya berapa ramai yang memahami jawatan guru jika tidak seorang guru!!!
Walau apapun syukur rezeki di sini.Moga Allah memberkati segala amalan warga guru...amiin..

Friday, 1 April 2016

Sejarah dan Latar Belakang SMK Dato' Shahardin

SEJARAH & LATAR BELAKANG 

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Shahardin atau dikenali sebagai Sekolah Menengah Labu mula beroperasi pada tanggal 1 Januari 1980. Ketika itu sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Rendah Labu. Apabila beroperasi, sekolah ini tidak mempunyai bangunan sendiri. Pada mulanya menumpang di tiga buah sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Labu Batu 10 (untuk tingkatan 1), Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Min Shing (untuk murid peralihan) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (T) Batu 10 (untuk murid peralihan).
    Pengetua pertamanya ialah  En Hardial Singh dan dibantu oleh 6 orang guru bersama-sama dengan pembantu pejabat dan seorang pekerja am sekolah. Jumlah muridnya adalah seramai 120 orang.
   Mulai tahun 1991 nama sekolah ini telah ditukar kepada Sekolah Menengah Labu kerana 2 kelas tingkatan 4 telah dibuka dengan seramai 53 orang murid mengikuti aliran sastera. Oleh kerana bilangan murid telah bertambah maka sebuah bangunan baru dengan 4 buah bilik darjah telah dibina.
   Pelbagai perubahan telah dialami oleh SMK Dato' Shahardin agar setanding dengan sekolah-sekolah menengah di daerah Seremban. Sejak penubuhannya pada tahun 2001, jumlah murid telah mencecah kepada 900 orang pelajar dengan tenaga pengajar seramai 70 orang dan pekerja sokongan seramai 10 orang. Seramai 9 orang pengetua telah menerajui sekolah ini dan yang terkini (2014) dipimpin oleh Tn Hj Ab Kadir b Hj Nordin. SMK Dato' Shahardin telah banyak merakam dan mencipta kejayaan dalam bidang akademik, hal ehwal murid dan kokurikulum. Visi sekolah sentiasa berusaha ke rah merealisasikan aspirasi dan kehendak negara atas usaha bersepadu semua warga SMK Dato' Shahardin.


Monday, 15 February 2016

Aktiviti Warga PSS 2015


Dalam memori....kalau diingat memang sweet la sangat.hehe...so, boleh la jenguk2 kat sini kalau nk tahu apa la budak2 PSS n cikgunya buat dan akan buat. Tak mengapa...tengok dulu yg 2015 punya ya..yang lain2 ada banyak lagi tapi tunggu ya...nanti saya update later...
                                                                                       Aktiviti semasa cuti penggal.....Melukis Mural
Aktiviti selepas PT3...keratan akhbar oleh murid bukan Pengawas PSS